Perbezaan Tayar Celup Dan Tayar Toreh

1

Tayar Celup
melibatkan proses pembuatan yang baru dan diiktiraf oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Tayar baru biasanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selepas itu tayar tersebut boleh dicelup semula oleh industri celup tayar sebanyak dua kali. Pembuat tayar celup akan meneliti dan memeriksa tayar-tayar ini dan memilih tayar-tayar yang selamat untuk dicelup semula manakala yang tidak sesuai akan dibuang untuk dikitar semula. Pekilang akan menambah kompaun atau lapisan yang baru sebelum ditoreh semula.



Tayar celup selamat digunakan kerana terdapat piawaian dan spesifikasi teknikal yang menepati industri pembuatan tayar celup dan kawalan terhadap pencelupan tayar juga adalah sangat ketat. Tayar celup diiktiraf oleh pelbagai negara seperti New Zealand, Australia dan Taiwan turut menempah tayar celup yang dihasilkan di Malaysia.


Tayar Toreh
tayar yang sudah botak dan ditoreh semula oleh 'industri belakang rumah' secara haram dan tidak menepati mana-mana piawaian keselamatan.

Tayar toreh berbahaya kepada pemandu dan penumpang kenderaan yang menggunakan tayar jenis itu, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Bunga tayar toreh kurang memuaskan.Cengkaman semasa di jalan raya kurang dan mudah menyebabkan kenderaan hilang kawalan terutama dalam cuaca buruk seperti hujan.

So, yang lebih baik guna Tayar Celup daripada guna Tayar Toreh. 



Macam biasa laahhh . .  Tinggalkan komen anda yer :)

TuanTanah

^^, Terima kasih kepada yang sudi komen, kongsi dan sentiasa memberi sokongan. Jangan lupa tinggalkan link anda di komen yer

1 Komen:

Anonymous said...

mantap bang ilmu