Lelaki Lembik Bukan Pondan

2
Kalau wanita zaman dahulu, kini dan selamanya, mereka semua masih mampu menanggung sakit bersalin, masih kuat dan berterusan pula kekuatan itu, mengapa lelaki yang dahulunya gagah menghunus pedang, kini menjadi lembik dan tidak bermaya?


Lembik yang dimaksudkan bukanlah literally lembik. Tiada otot, badan tak six pack dan sebagainya. Tetapi metaphorically lembik

Anda tanya bagaimana? Ni jawapannya..

- Berapa ramai lelaki yang lembik, tidak dapat menahan nafsu mereka, lalu banyak berlaku kes rogol, menonton bahan lucah dan sebagainya.

- Berapa ramai lelaki yang kalah dengan nikmat dunia, lalu ditinggalkan akhirat yang sepatutnya menjadi tujuan utama.

- Berapa ramai lelaki yang cintakan wanita, namun dilakukan dengan cara yang salah. Dijadikan wanita itu seolah-olah persalinan yang bertukar-tukar.

- Berapa ramai lelaki yang sanggup bangun tengah malam untuk menonton perlawanan bola sepak, namun penuh alasan dan lemah pula untuk bangun solat di malam hari.

- Berapa ramai yang lebih 'prefer' solat bersendirian di bilik, sedangkan solat jemaah itu 27 kali ganda hebat ganjarannya?

- Dan paling pedas, berapa ramai lelaki yang Subuhnya berjemaah di masjid/surau, berbanding dengan ramai nya solat Jumaat?

TuanTanah

^^, Terima kasih kepada yang sudi komen, kongsi dan sentiasa memberi sokongan. Jangan lupa tinggalkan link anda di komen yer

2 Komen:

Asma said...

Tu laa...
Semoga para lelaki dapat kembali menjadi lelaki yg gagah dan pelindung bg kaum lemah bernama wanita..
Amin...

khai said...

Hehe Akak dah kawin ke belum ?