Pengurusan Kewangan

0

Ramai orang tahu bagaimana hendak berjimat ketika berbelanja
namun ramai yang tidak menerapkan di dalam diri ketika berbelanja.

Mengkaji keperluan dan kemahuan
Untuk berjimat kita sebenarnya tidak boleh berbelanja melebihi pendapatan dan hanya berbelanja mengikut kemampuan.


Kenapa perlu menyimpan ?
  • Untuk mencapai matlamat hidup dalam jangka masa pendek mahu pun panjang
  • Penyelamat semasa kecemasan
  • Dana untuk menambah harta dan sebagainya

Menabung
Menyimpan duit syiling adalah cara yang terbaik. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada masa hadapan.


Hutang
Cara untuk mengelak dari berhutang sebenarnya mudah je, kita tak perlu meminjam pun. Cara lain untuk tidak berhutang ialah dengan mencari pendapatan sampingan seperti berniaga. Insya'Allah ! Setiap titik peluh bekerja akan mendatangkan hasil.

Penggunaan Kad kredit
Elakkan guna kad kredit.
sebab kad kredit juga akan buatkan anda lagi teruja untuk beli barang
seeloknya, bawalah wang yang sekadar cukup untuk beli barangan perlu sahaja.

Buang Sikap "Kia Su"
Sikap tidak puas dengan apa yang sudah ada. Umpama tidak bersyukur.


Akhir kata, setiap duti yang keluar masuk harus direkod seperti diari kewangan. Ingat yer ! Berhemahlah ketika berbelanja.

Rujukan : AKPK


TuanTanah

^^, Terima kasih kepada yang sudi komen, kongsi dan sentiasa memberi sokongan. Jangan lupa tinggalkan link anda di komen yer

0 Komen: